TERCIPTANYA "Hijab with Colours"
05:54
Penglibatan ITEM DREAMHOUZ dalam dunia fesyen adalah sejak penubuhan butik iaitu pada akhir Disember 2014. Tetapi awalnya tidak terlalu fokus dan bersungguh-sungguh dalam menghasilkan penjenamaan sendiri. Ini adalah kerana, untuk permulaan perlu mendapatkan dan mengumpul sebanyak mungkin sumber kewangan yang kukuh dan ilmu yang mantap untuk mengeluarkan sesuatu produk atas jenama butik sendiri. Apatah lagi fesyen hijab kini semakin meningkat naik dan ramai pengusaha yang berlumba-lumba untuk memasarkan produk hijab/tudung dengan kreativiti masing-masing.
Setelah 7 bulan beroperasi kini, ITEM ITEMDREAMHOUZ mula mengorak langkah dan melebarkan sayapnya ke dunia fesyen hijab dengan menghasilkan produk jenama sendiri. Untuk pengetahuan semua, rekaan shawl di bawah jenama ITEM DREAMHOUZ telah pun dirancang 2 bulan sebelum Hari Raya Haji iaitu pada bulan Julai yang lalu. Dalam tempoh tersebut, pelbagai halangan dan cabaran untuk menghasilkan chiffon shawl keluaran ITEM DREAMHOUZ ini. Namun, dengan kesungguhan semua team dapat juga dikeluarkan seperti yang dirancang.
Rekaan nama "HIJAB WITH COLOURS" juga telah dihasilkan dalam jangka masa tersebut. Untuk permulaan idea hanya tertumpu kepada PREMIUM BASIC SHAWL sahaja untuk menarik para wanita berhijab masa kini. Begitu singkat masa yang diambil untuk mendapatkan apa yang dirancang tanpa bermodalkan sebarang “personal contact” daripada mana-mana pengusaha kilang kain. Kemudian, pencarian material untuk shawl di kilang kain terus dijalankan tanpa ketiadaan tailor/tukang jahit mahir pada saat kejadian kerana tailor yang sedia ada itu tidak dapat menyiapkan tempahan yang kami sebutkan dalam jangka masa yang singkat dan dalam jumlah yang banyak. Mungkin pada ketika itu, semua orang dalam persiapan menyambut Hari Raya Haji. Mengambil risiko adalah cabaran buat kami, apa yang penting adalah buat sahaja seperti yang dirancang sebelumnya.
Kami beruntung, nasib telah menyebelahi kami kerana ada seseorang yang baik hati telah sudi menghulurkan membantu mencari tailor/tukang jahit yang professional. Terdapat seorang tailor yang diberikan oleh beliau dan akhirnya kali kedua kami dapat menghubungi tailor berkenaan untuk berurusan dan berbincang dengan lebih lanjut. Syukur Alhamdulillah, tailor tersebut bersetuju dan sangup menyiapkan tempahan yang telah ditetapkan oleh pihak kami.
Setelah berpuas hati dengan pemilihan material di kilang kain yang telah menepati ciri-ciri dan kualiti yang diinginkan, tiba masanya untuk menghantar material kain kepada tailor tersebut dalam masa pencarian kain. Bayangkan satu hari kejadian dan penyelesaian berlaku dengan begitu pantas sekali.
Kemudian, sehari selepas hari raya Haji terus bergegas menjalankan misi seterusnya menghantar semua material kain kepada tailor di Utara pula. Akhirnya pemasalahan terjawab dengan mudah, kerana pada 2 – 4 Oktober 2015 kami telah menyertai 2 event serentak iaitu di Seremban dan Kedah. Untuk makluman juga, pada awal Oktober itulah keluaran pertama shawl ITEM DREAMHOUZ dapat dihebahkan dan penjualan terus kepada orang ramai dengan jayanya.
Begitulah permulaan cerita dan perjalanan ringkas sewaktu wujudnya “Premium Basic Shawl” oleh ITEM DREAMHOUZ. Diharap dengan perkongsian idea dan pengalaman ini menjadi sumber rujukan dan inspirasi bagi yang ingin memulakan produk jenama sendiri.
"Elegance style, optimistic you, queen of the day!"
0 comments