WEEKEND WEDDING ATTIRE #WWA

23:22


Sudah tiba masanya musim hujan melanda membasahi bumi Malaysia.  Dan banyak juga jemputan yang akan dihadiri oleh anda.  Setiap kali itulah dilema mula bermain di fikiran terutamanya bagi kaum wanita kerana Pemilihan jenis baju atau fesyen bagaimana yang akan dikenakan agar kelihatan lebih menarik daripada yang biasa.  Pada kebiasaannya, anda akan memakai baju tradisional seperti baju kurung, baju kebaya, baju kebarung dan sebagainya.  Bila hujan sesetengah wanita merasakan leceh memakai baju kurung. Tetapi dunia fesyen sudah beralih ke arah yang lebih santai dan seterusnya Nampak lebih feminine.  Tidak semestinya anda memilih baju kebangsaan untuk sebarang majlis.  
Kenapa anda berfikir dua kali untuk mengenakan baju kurung ke majlis sebegini kerana peratusan anda berpakaian sama seperti tetamu lain adalah sangat tinggi.  Apa yang anda boleh lakukan  adalah memadankan gaya daripada jenama yang berbeza.  
Di sini adalah salah satu contoh padanan yang sedondon untuk ke majlis resepsi perkahwinan.  Kali ini kami memilih tema kombinasi warna turquois dan putih.
 
      A.      Palazo: bagi yang berhijab amatlah sesuai menggayakan seluar polos/bersaiz besar seperti palazzo.  Tidak semestinya mengenakan skirt labuh menampakkan seseorang itu lebih feminine.   Palazzo ini kelihatan seperti skirt labuh jika dipandang dari jauh.  Sekiranya anda memilih baju yang kosong, boleh digayakan dengan palazzo yang bercorak bunga atau abstrak.  Palazzo juga mudah bergerak ke mana-mana terutamanya bagi kaum ibu yang aktif.  
      B.      Baju: contoh baju di bawah adalah fesyen terkini dan terhangat di pasaran.   Ia Nampak seperti kebaya pendek, tetapi sebenarnya adalah inspirasi dari kimono.  Yang dipanggil KIMONO WRAP.  Untuk Nampak lebih suci, warna putih adalah yang terbaik.  Kerana boleh dipadankan dengan apa jua warna skirt/palazzo pilihan anda.  
      C.      aksesori:  tidak lengkap sesuatu pemakaiaan tanpa aksesori yang tidak terlalu sarat dan memberatkan si pemakai.  Bagi ke majlis perkahwinan atau sebagainya, boleh digayakan dengan rantai berfesyen zaman kini.  Bagi yang berhijab, sesuai menggayakan rantai versi labuh dan berwarna-warni sekiranya baju tersebut adalah polos.  Beg kecil/clutch adalah paling praktikal berbanding beg yang besar.  
      D.      Hijab/tudung:  contoh shawl ITEM DREAMHOUZ yang dipadankan adalah warna turquois.  Warna ini Nampak lebih terang dan anggun dipadankan dengan palazzo.  
      E.       Kasut: seperti pakaian, kasut juga harus dititikberatkan dalam penggayaan ke majlis.  Pilih kasut yang mempunyai ciri yang selesa dan mudah untuk bergerak.  Jika musim hujan,  elakkan memakai kasut berwarna putih dan bertumit tinggi.  ia akan menyukarkan pergerakan anda dan kasut anda yang mahal itu akan menjadi rosak dan tidak cantik dipakai lagi.  Sayangkan kasut anda.  Disarankan memakai kasut seperti wedges dan flat shoes sahaja sudah memadai.  Contoh padanan seperti di bawah boleh digayakan kasut bertutup atau terbuka. Terpulang atas citarasa masing-masing.   
      “LESS IS MORE”
       
        HIJAB WITH COLOURS
"Elegance style, optimistic you, queen of the day!"

 
1 

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images