TIPS HIJAB UNTUK WANITA BERKACA MATA

22:07


Ramai wanita yang berkaca mata beranggapan tidak sesuai mengenakan hijab kerana menyembunyikan wajah sebenar seseorang.  Mungkin agak sukar untuk menggayakan apa jua style hijab masa kini. Namun perasaan terselindung di sebalik kaca mata memberi kesan yang tidak  yakin kepada diri sendiri. Sehingga melupakan kaca mata dan menggantikan dengan kata lekap ketika keluar.
Siapa kata? Jika digayakan dengan bijak, kaca mata sebenarnya adalah satu aksesori yang melengkapi hijab yang anda kenakan.  Sesuaikan hijab yang dikenakan dengan kaca mata untuk memberi kesan yang serasi dan anggun pada fashion hijab. Wanita berkaca mata selalunya cenderung merasa tidak selesa bila memakai pakaian kerana terlebih fokus pada wajah sehingga mengabaikan sedikit pada tubuh lainya. Yang penting, kreatif dalam penggayaan cermin mata agar Nampak lebih versatile.  Untuk ilmu pengetahuan dalam fesyen berhijab, di sini kami ulas mengenai tips memakai hijab untuk wanita berkaca mata:
1    1.  Pilihkan bingkai kaca mata yang sesuai dengan bentuk muka.  Jika mengenakan hijab, lebih menarik apabila memakai kaca mata yang sedikit besar  agar mata lebih lebar dan menarik.  Bagi yang muka bulat, disarankan mengenakan kaca mata yang tidak terlalu besar agar muka tidak kelihatan penuh. Muka yang lonjong perlu mengenakan bingkai kotak. Untuk wajah bujur bingkai,semua bentuk bingkai kaca mata boleh anda kenakan.
2    2.  Pastikan anda memakai jenis tudung yang anda selalu pakai seharian. contohlah, kalau anda selalu memakai tudung bawal, pastikan semasa anda hendak membeli cermin mata tuh, anda juga memakai tudung bawal. ini kerana akan memudahkan anda mencari bingkai cermin mata yang sesuai dan tidak mengganggu pemakaian tudung bawal anda.
3    3.  Gunakan kaca mata terlebih dahulu sebelum memakai hijab.
4   4.  Gaya hijab yang simple dapat seimbangkan penampilan kerana sudah ada kaca mata yang menonjol pada wajah. Jangan memakai hijab yang berlilit-lilit atau melingkar-lingkar di leher atau kembang di bahagian kepala.  
     5.  Minimalkan penggunaan aksesori dan pin/keronsang yang sederhana sahaja supaya tidak Nampak keterlaluan sama ada di dada dan kepala. Cukuplah sekadar mengenakan aksesori yang ringkas dan tidak sarat.
6    6.  Jika hendak memakai baju yang bermotif besar, maka hijab perlu dipadankan dengan motif yang lebih kecil agar kesan yang ditampilkan tidak terlalu berat di wajah dan kepala.
7    7.  Perhatikan make up yang dipakai.: jika bingkai kaca mata tebal, fokuskan kaca amta andan sebagai titik focus perhatian.  Seimbangkan make up pada mata dan bibir seperti warna pastel,nude atau peach. 
8    8.  Perhatikan jika memakai lensa yang nipis maka gunakan eye shadow dengan gaya “smokey eyes” dan eye liner yang agak tebal. Jika lensa yang tebal elakkan gaya “smokey eyes dan penggunaan eye liner yang nipis sahaja dapat memberi kesan yang dramatic dan besar.
9    9.  Hati-hati menggunakan mascara, tidak terlalu tebal sehingga membuatkan kaca mata kotor apabila berkedip dan sekaligus mencacatkan bulu mata yang Nampak seperti tidak terurus.
1    10.  Dengan memakai hijab yang longgar dengan kaca mata yang tidak berbingkai atau berbingkai besi akan menampakkan anda seorang nenek. Oleh itu, pilihlah berbingkai penuh untuk gaya yang lebih menawan.
1    11.  Fesyen hijab: jangan sesekali memadankan dengan style turban, hana tajima dengan kaca mata mewah kerana menampakkan anda terlalu bersunguh-sungguh dalam berhias.
      12.  Jika anda memakai cermin mata juga semasa memakai tudung berawning ini, kemungkinan akan membuat anda tidak selesa sekiranya hendak mencabut cermin mata anda sekejap-sekejap untuk membetulkan tudung anda itu dan rambut anda pasti tidak terurus sebab asyik terkeluar jek dan tertarik setiap kali anda hendak membuka cermin mata anda itu.
1    13.   Memakai kaca mata pada bahagian dalam hijab akan merosakkan fabrik tudung.  Setelah mengemaskan hijab pada lapisan yang pertama, pakai cermin mata dan jangan terkena kulit.
1    14.  Letakkan kaca mata itu di lapisan hijab untuk mengindari dari sakit kepala. Selain itu, kaca mata dapat ditanggalkan dengan mudah apabila tidak diperlukan.
1    15.  Tudung Syria - sangat sesuai untuk anda yang bercermin mata kerana mempunyai inner dan outer.  Jadi, anda boleh memakai tudung syria ini tanpa perlu bimbang sebab hanya perlu memakai cermin mata itu di antara outer dan inner itu kerana ia tidak akan mengganggu pemakaian tudung syria anda

Kesimpulannya, Jangan jadikan kaca mata itu satu halangan dan persepsi buruk. Anggaplah ia satu fesyen, yang penting sesuaikan dengan pakaian dan hijab yang menyerlah, satu personaliti yang anggun akan terbentuk

sumber google

HIJAB WITH COLOURS
"Elegance style, optimistic you, queen of the day!"





You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images