Kenali bentuk muka anda

21:24

Assalamualaikum,

Seperti pakaian juga, ramai yang kurang tahu akan pentingnya pemilihan tudung yang menarik harus mengikut bentuk muka masing-masing. Oleh itu, kenalpasti bentuk muka agar dapat memberikan keselesaan semasa berhijab agar nampak lebih anggun dan bergaya. Jika tersalah pakai akan memberikan impak kepada si pemakai. Di bawah terdapat beberapa tips yang mungkin dapat membantu. 

A. Bentuk Muka Oval/bujur 


1. Wanita yang memiliki bentuk wajah oval/bujur sememangnya bertuah dan tidak mempunyai masalah menggayakan sebarang gaya tudung.

2. Bercirikan jarak rahang,tinggi kening dan panjang dagu yang seimbang.

3. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau sebagainya. Tidak kiralah tudung awning,bawal, atau jenis Syria semuanya kelihatan cantik apabila dipakai.


BBentuk Muka Petak 


1. Bentuk muka jenis ini tulang rahangnya lebih lebar dan jelas kelihatan dari tepi. namun bahagian dagu kelihatan rata. Dalam penggayaan Tudung,fokuskan pada menyembunyikan rahang yang menonjol.

2. Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. perlu bijak jika menggayakan selendang.

3. Elakkan gaya turban atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini akan menonjolkan lagi bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang dengan lilitan dan menutupi rahang. Instant shawl dan awning juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.

C. Bentuk Segitiga 


1. Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang.

2. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar 
bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.

3. Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka ini pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya turban kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka


D. Bentuk Muka Panjang 
1. Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang.

2. Gunakan tudung atau inner jenis melekap di dahi supaya tidak kelihatan terlalu luas untuk menutup sedikit kening yang tinggi

3. Usah tutup bahagian pipi dan pastikan menarik sedikit tudung ke belakang,rapat di bawah rahang pipi dan tonjolkan wajah sebenar anda. Selendang adalah lebih ideal berbanding tudung awning dengan semua jenis fabrik


E. Bentuk Muka Bulat 

1. Mempunyai ciri tulang rahang "bertimbun" di bahagian pipi atau lebih mudah adalah mereka yang tembam atau berisi di pipi.

2. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan.

 3. Selendang tidak dililit terlalu ketat untuk mengelakkan bentuk wajah bulat lebih terserlah. Disarankan menggunakan inner neck V shape agar menampakkan bentuk muka kelihatan bujur. Jika memakai tudung bawal,pastikan tidak ke belakang sehingga menampakkan dahi dan pipi yang bulat.

HIJAB WITH COLOURS

"Elegance style, optimistic you, queen of the day!"









You Might Also Like

1 comments

  1. Iron-Steel Alloy (Sledgehammer) - Titanium Steel - TITAN
    Iron-Steel titanium granite countertops Alloy (Sledgehammer). TITSITE. TITSITE. Titanium titanium welder Steel. seiko titanium watch Brand. TITSITE. titanium ore terraria $14.00. stainless steel vs titanium apple watch Iron-Steel.

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images