TIPS MUDAH SHAWL KEKAL LAMA

16:40

Assalamualaikum

Ramai orang tidak prihatin akan penjagaan tudung/shawl untuk bertahan lebih lama. Mengambil mudah atau jalan pintas untuk mencuci shawl anda mungkin mengakibatkan kesan buruk untuk jangka masa panjang. Dengan tips/panduan ini dapat membantu anda dalam penjagaan yang mudah.

1. seeloknya air sejuk atau suam untuk basuhan 
2. Celup dan bilas dengan sabun yang minimal sudah memadai 
3. Sental sedikit menggunakan tangan dengan pelembut fabrik (softener). Elakkan menggunakan mesin basuh agar tidak mencacatkan fabrik.
4. Tidak perlu merendam shawl dan basuh dengan segera bagi mengekalkan warna sedia ada
5. Asingkan shawl berwarna dengan bercorak
6. Tidak perlu "spin" menggunakan mesin basuh,cukup sahaja Shawl diperah dengan lembut
7. Elakkan basuhan menggunakan berus bagi mengekalkan kualiti kain.
8. Keringkan di tempat yang redup atau jauhi dari cahaya matahari yang terik/terus 
9. Sewaktu disidai elakkan dari tempat bertajam/berpaku atau berkayu bagi mengelakkan kerosakan pada shawl apabila ditiup angin 
10. Gunakan penggantung khas tudung untuk penyimpanan kekal lama 
11. Jangan pakai shawl dalam keadaan rambut basah, ia akan mencacatkan lagi fabrik tudung
12. Cara menggosok: suhu diminimalkan/direndahkan,kerana shawl ITEM DREAMHOUZ adalah mudah digosok (less iron)
13. Gosok dengan pergerakan perlahan sahaja. Tidak terlalu menekan pada fabrik shawl 
14. Disarankan menggunakan pin/jarum. Kerongsang akan merosakkan keadaan shawl 
15. Berhati-hati sewaktu membuka Kerongsang atau pin,agar benang tidak tercarik keluar

HIJAB WITH COLOURS
"Elegance style, optimistic you, queen of the day!"

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images