KEANGGUNAN ABAYA DUBAI
00:49
Ketinggianya pasti memukau setiap
pandangan manusia. Itulah dia Burj Khalifa antara bangunan tertinggi dan
tercantik di dunia yang menjadi lambang dan simbolik kemewahan bandar Dubai. Begitulah jua impian kami
terhadap ABAYA DUBAI. Kenapa Abaya Dubai
mejadi kepakaran kami? Kecantikan mampu membuatkan hati seorang wanita cair dengan
sekilas pandangan apatah lagi bila menghampirinya secara dekat. Hati terpaut lalu menyeliputinya dengan
senaskah karya lengkap dari Burj Khalifa.
Itulah keunggulan selimut hitam dari Timur Tengah.
Sejarah kehadiran Abaya biasanya
definasikan sebagai sehelai jubah hitam yang dikenakan oleh wanita muslim. Negara timur tengah seperti Arab Saudi, UAE
dan lain-lain negara kebanyakannya kaum wanita memakai Abaya. Ianya menutup
seluruh badan kecuali muka, kaki dan tangan dan boleh dipakai bersama-sama niqab, ia menutup seluruh muka
kecuali mata.
Mari kita kenali jenis
kain Abaya Dubai ini dengan lebih dekat lagi.
A. kain Fursan
1. Material selesa dan sejuk di kulit apabila
dipakai dalam cuaca panas di Malaysia
2. Ianya berat dan sedikit tebal namun. ciri ini
menjadikan apabila dipakai abaya tersebut jatuh dengan elok ke bawah. Selain
itu, ketebalannya dapat melindungi aurat sepenuhnya tanpa ragu dan risau lagi.
3. Agak licin dan jika mahu digosok, lebih
selesa jika digosok secara terbalik yakni gosok bahagian dalam abaya kerana
tekstur bahagian belakang kain Fursan sedikit kesat berbanding bahagian
luar/depan. Apabila diletakkan di atas papan menggosok ia tidak mudah lurut ke
bawah.
4. Tidak melekap di badan. InsyaAllah tidak
menampakkan lekuk-lekuk badan kita dengan syarat kita tidak memilih abaya yang mempunyai bentuk atau dijahit mengikut potongan badan.
B. Kain Nida
1 - sangat lembut beralun, dan sedikit ringan
daripada Fursan.
2 - Materialnya sedikit licin, tetapi mudah
digosok.
3 - tidak melekap di badan apatah lagi
ditiup angin semasa menggayakan ke mana jua
4 - walaupun berwarna hitam, tetapi mempunyai ciri
yang boleh menyejukkan kulit si pemakai, lalu terasa selesa sepanjang
pemakaian.
Jenis-jenis potongan abaya terdapat beberapa jenis iaitu:
1 1. A Cut: Kebanyakan
abaya yang biasa dilihat di pasaran tempatan ialah abaya dalam bentuk potongan
A. Sesuai bagi wanita yang agak berisi di bahagian punggung dan wanita sedang
mengandung. Ianya sekali pandang kelihatan sama saja bentuknya dengan
jubah-jubah Malaysia yang dipakai oleh sebahagian muslimah. Bentuk potongan A
boleh dikatakan sangat popular kerana ianya amat sesuai dengan bentuk badan
wanita Malaysia yang kebanyakannya berbentuk 'pear'. Jadi, apabila memakai
abaya berpotongan A, ia akan membantu melindungi aurat dan bentuk badan si
pemakainya. Selain itu bukaan bawah yang luas dan lebar juga memudahkan pergerakan
kaki melangkah berbanding sesetengah abaya asia yang berpotongan lurus
(straight cut).
2 2. Umbrella Cut/Princess
Cut: Bentuk kembang payung di bawah mula popular pada zaman kini. Secara peribadi potongan kembang payung ini
kelihatan lebih sesuai digayakan oleh muslimah yang berbadan tinggi dan
sederhana. Ini kerana kebiasaan potongan di bahagian dada yang mempunyai iras
cara potongan cheongsam membuatkan pemakai yang berbadan gebu atau gempal
kelihatan agak seksi tapi bila ditutupi dengan tudung yang labuh dan lebar.
Keistimewaannya dapat dirasai kerana:
·
ianya cukup labuh dan
menutupi seluruh badan
·
ianya tidak mengikut
bentuk badan, longgar atau melekap di badan
·
didatangkan dengan warna
hitam yang lebih nampak eksklusif dan anggun
·
tidak jarang, namun
sebaiknya pakailah pakaian lain sebelum mengenakan abaya
·
lambang identiti
wanita Islam berhijab
·
ianya tebal, tidak
nipis dan akan terasa kelembutan kainnya yang berkualiti
· Kemasan jahitan dan pembuatan yang cukup sempurna dan teliti
· Didatangkan sekali bersama dengan hijab sedondon
Seperti yang kita sedia maklum, emas dan berlian adalah teman baik kepada wanita.
Begitu juga dengan Abaya, jadikannya hari ini adalah teman sejati anda
setiap masa dan di mana jua.
0 comments