1 DISEMBER DAN FESYEN
17:01
Kini sudah menghampiri pengakhiran tahun 2015. Sedar atau tidak kita sudah menghampiri tahun baru sebulan sahaja lagi. Namun fesyen kian berubah dan sentiasa "up-to-date" dari semasa ke semasa.
Peredaran masa juga mempengaruhi arus fesyen tanah air yang membangun. Yang menjadi ikutan terkini malah fesyen jalanan atau hipster turut menjadi kegilaan gadis-gadis. Kita lihat apa yang akan menjadi high in dalam dunia fesyen tahun 2016. Bagi tahun 2015 banyak mempengaruhi back to vintage style. Style ini tidak ditelan zaman. Bagi penggemar vintage style,mereka lebih cenderung kepada pakaian yang agak lusuh atau bandle/baju terpakai tetapi masih mempunyai ciri-ciri kesopanan. walaupun meniru gaya lama, tetapi dengan pengubahsuaian boleh menampakkan seseorang itu lebih segar. tidak perlu busana yang up-to-date, cuma perlu mix and match koleksi fesyen yang ada. Jumpsuit untuk busana muslimah kini kembali dipopularkan oleh pereka muslimah.
Bagi anak muda kini lebih gemar mengenakan hipster style. Style ini lebih santai dan bersahaja bila menggayakan t-shirt kotak-kotak,kemeja jeans, kasut converse,blaus labuh dengan boyfriend jeans yang longgar serta shawl nampak lebih sepadan. Nama lain "Chic Style" atau "Street Style" lebih kepada pakaian rare dan ala-ala selekeh. Remaja lebih tergilakan style simple dan praktikal digayakan setiap masa dan dimana jua. Aura hipster telah lama cenderung ke arah dunia fesyen kini membuatkan sesuatu yang lama menjadi kelihatan baru lagi.
Seperti yang kita semua ketahui, fesyen pakaian tahun 60an memang mempunyai elemen klasik yang sentiasa kembang segar. Kembali ke era zaman saloma banyak fesyen yang mengeluarkan rekaan ala-ala saloma telah trend memberikan nafas baru untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa. Potongan Blaus Berlengan kembang dibawah tetapi masih lagi mengekalkan fesyen moden dan mudah digayakan semua peringkat umur.
0 comments