MONDAY OFFICE ATTIRE #MOA

00:00


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kini ramai wanita menceburi bidang pekerjaan, sama ada pada peringkat pengurusan atau profesional.  Sebagai wanita berkaliber yang mempunyai ciri-ciri keperibadian yang mantap mereka harus membina imej dan penampilan yang sentiasa kemas dan bergaya apabila melangkah kaki masuk ke pejabat.  Wanita akan lebih nampak berwibawa sekiranya imej dan cara berpakaian sejajar dengan perwatakan luaran.  

Bagi wanita Muslim bekerja, arus fesyen zaman kini perlu diketahui dan selari dengan syariat Islam sebagai wanita Muslim sejati. Berfesyen tidak salah, namun harus dititikberatkan soal prinsip bersederhana dan kesopanan dalam mengambil kira kesesuaian pakaian seharian.  

Wanita yang ingin tampil lebih anggun dan profesional ke pejabat, sebaiknya elakkan warna bermotif floral.  Bagi yang bosan selalu menggayakan baju kurung, boleh juga memakai blaus labuh gaya potongan jaket/blazer labuh juga menarik digayakan dengan sarung/skirt labuh/pallazo.  

Fesyen turut membabitkan bukan saja pakaian tetapi juga pemilihan aksesori yang tepat dan warna kasut yang sesuai serta gaya ikatan tudung dan gaya mengemaskannya.  Sebaiknya pakailah kasut bertutup di depan dan bertumit tinggi agar nampak lebih profesional dan berketerampilan.  

Make up juga diberikan penekanan yang tegas supaya diseimbangkan dengan pemakaian dan hijab yang dikenakan.  Solekan harian yang minimal amatlah disarankan .  Tidak terlalu tebal seperti make up ke function atau dinner, cukuplah sekadar "basic make up".  Tidak salah mengenakan gincu yang bewarna terang sedikit asalkan baju dan tudung anda tidak terang.  

Di bawah ini adalah inspirasi penggayaan ke pejabat di hari Isnin dengan gaya "PINKY LADIES"







You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images