warna hijab mengikut tona kulit
23:26
Assalamualaikum..
Bukan mudah ingin mengetahui selok
belok tentang warna tudung/hijab mengikut tona kulit kita. Jika tersalah gaya
mungkin akan menampakkan wajah anda kelihatan kusam dan tidak bermaya. Pasti ada
sahaja mata yang memerhati cara penampilan anda di luar. Terutamanya bila anda
memakai hijab yang agak kurang sesuai dengan anda.
Persepsi dan pandangan pertama
orang melihat kita adalah sangat penting dari segi penampilan diri dari hujung
rambut ke hujung kaki. Bijak bermain warna memberikan impak positif dan
meningkatkan tahap keyakinan yang tinggi kepada seseorang.
1 1. Kulit Putih
berkulit putih adalah bertuah,
kerana hampir setiap warna sesuai dikenakan dengan warna kulit ini. Namun harus
juga berhati-hati dalam mengenakan warna pudar seperti pastel atau kuning,
kerana ia boleh membuatkan wajah tampak pucat tidak bermaya. Pilih warna kontra
dengan kulit iaitu gelap atau terang seperti hitam, merah dan ungu. Warna-warna
ini membuatkan raut wajah anda tampak lebih cerah bercahaya. Warna cerah daripada kategori merah dan
oren (warna pic, aprikot, pink ros atau merah ros) akan juga menyerlahkan warna
kulit anda.
2 2. Kulit Kuning Langsat
Pilih rona terang seperti kuning, merah
jambu,merah bata,dan hijau ungu gelap dan rona biru juga sesuai untuk
digayakan. Elakkan daripada memakai coklat gelap atau krim,caramel,oren atau
warna yang sangat pucat kerana warna tersebut menjadikan kulit wajah tampak
kusam.
Jauhi warna pastel atau warna yang
banyak ke arah putih.
3 3. Kulit Sawo Matang
Biasanya kelompok ini adalah Negara
Asia dan kebanyakannya adalah orang Malaysia. Hindari dari memilih rona yang seakan warna
kulit sawo matang iaitu kelabu atau coklat gelap, kerana penampilan anda akan
tampak suram dan tidak menyerlah. Rona pastel, terang atau gelap seperti ungu
atau merah hati amat bersesuaian dengan tona kulit ini. Warna yang paling sesuai untuk wanita-wanita yang mempunyai
tona kulit ini adalah pink. Pink cerah akan menaikkan seri yang berwarna-warni akan
membuat anda kelihatan seperti baru sahaja pulang daripada percutian pulau yang
menyeronokkan. Apa-apa sahaja warna hijau, daripada warna hijau zamrut,
hijau lumut sehingga sehinggalah warna limau, akan menyerlahkan tona coklat
yang ada pada kulit anda.
4 4. Kulit Gelap
Warna-warna terang seperti merah,
jingga, kuning serta royal blue amat sesuai dipadankan dengan kulit gelap.
Ianya menonjolkan sifat kontra terhadap rona kulit anda, sekaligus menaikkan
seri wajah. Untuk penampilan yang lebih berani, gayakan warna neon untuk
kelihatan menyerlah. Warna kusam seperti coklat harus dielakkan kerana ia boleh
menenggelamkan penampilan anda. Sebagai
ganti, anda perlu memilih warna-warna yang akan mengeluarkan aura mesra dan
hangat daripada tona kulit anda. Yang penting, berani bermain dengan
warna yang menyerlah agar penampilan akan memukau pandangan orang ramai. Tidak bermakna berkulit gelap tidak boleh
bergaya dan menonjol daripada biasa, tetapi perlu sesesuaian dengan keadaan dan
semasa.
"Elegance style, optimistic you, queen of the day!"
0 comments